MALAYSIA dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuh hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992 serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkatam perkara itu dicapai pada pertemuan empat mata dengan Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev di Istana Presiden di Astana, semalam bagi membincangkan perkara penting terkait hubungan Malaysia dan Kazakhstan serta turut menyentuh isu antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Saya dan delegasi Malaysia menghadiri majlis sambutan rasmi oleh Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev di Istana Presiden (Akorda).
“Usai sambutan rasmi, saya dan Presiden Tokayev mengadakan pertemuan empat mata bagi membincangkan perkara penting terkait hubungan Malaysia dan Kazakhstan serta turut menyentuh isu antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
“Kami berdua kemudiannya mengetuai delegasi negara masing-masing dalam mesyuarat dua hala bagi membincangkan dengan lebih meluas kerjasama kedua-dua negara yang merangkumi pelbagai sektor seperti perdagangan, pelaburan, pendidikan tinggi, pelancongan, dan industri halal.
“Kedua-dua negara juga sepakat untuk terus memperkukuh hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992 serta meneroka peluang kerjasama baharu.
“Saya dan delegasi Malaysia juga turut diraikan dalam majlis makan malam selain dibawa melawat kawasan sekitar Istana oleh Presiden Tokayev,” katanya dalam hantaran di platform X. – SM