Nasional

Malaysia benamkan Singapura 4-1, penyokong puas hati dan tersenyum lebas!

Malaysia mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala AFF 2022 dengan bergaya apabila membenam Singapura 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Skuad Harimau Malaya yang perlu menang untuk mara ke peringkat empat terbaik jelas tidak menghampakan lebih 65,000 penyokong setianya yang hadir dengan mempamerkan persembahan bertenaga dan menghiburkan.

Empat kali stadium dengan kapasiti 87,411 itu gempita dengan sorakan penyokong yang bagaikan guruh apabila empat kali gawang Singapura bergoncang dek angkara anak buah Kim Pan Gon.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button