Politik

Malang Dr. M masih tidak mahu pikul kesalahan letak jawatan PM

BUAT pertama kali vateran DAP Lim Kit Siang secara berterus terang menyatakan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai perdana menteri tahun lalu sehingga Kerajaan Pakatan Harapan tumbang merupakan satu keputusan yag salah.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menambah, lebih malang sehingga kini Dr. Mahathir tidak mahu memikul tanggungjawab atas kesalahan yang dia telah lakukan.

Pada ketika Dr. Mahathir meletakkan jawatan, Ahli Parlimen Langkawi itu masih mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk terus menjadi perdana menteri.

“Memang malang bahawa Mahathir masih enggan memikul tanggungjawab atas kesalahan besarnya ketika mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri ketika dia mendapat sokongan majoriti ahli parlimen, dari anggota parlimen Pakatan Harapan, Warisan dan bahkan Bersatu,” kata Kit Siang.

Kit Siang membuat kenyataan tersebut selepas terkejut namanya disebut dalam tulisan Dr. Mahathir semalam.

Dalam artikelnya, Dr. Mahathir berkata,”Saya fikir kita perlu perkara yang sama. Tetapi saya gagal kerana Kit Siang dakwa saya mahu jadi Diktator. Dia sokong Anwar sebagai calon PH.

“Jika 92 undi itu bersama saya, saya akan peroleh 154 undi. Bayangkan bagaimana halatuju Negara jika kesemua parti meletakkan Negara ini sebagai matlamat utama,” kata Dr Mahathir.

Menurut Kit Siang, apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir itu hanya merupakan sangkaan beliau sahaja.

Tegasnya, keputusan PH untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dibuat sebulat suara oleh ketiga-tiga parti komponen PH iaitu DAP, PKR dan Amanah selepas pengunduran mengejut Dr. Mahathir.

PH membuat keputusan itu setelah Dr. Mahathir menolak untuk terus menjadi Perdana Menteri PH serta mematuhi dan terikat dengan Manifesto Pilihan Raya Umum PH.

Tambah beliau, harus ada Perdana Menteri PH untuk menegakkan dan menghormati mandat rakyat yang diberikan pada pilihan raya umum 2018.

“Saya terkejut kerana saya disebut dalam perenggan terakhir kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam,” katanya.-SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button