Nasional

Mungkin beri banyak pingat supaya orang rasa terhutang budi – Khalid

BEKAS Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad khuatir dengan pemberian pingat dengan jumlah yang banyak sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Khalid berkata, pemberian banyak pingat membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri boleh menurunkan nilai anugerah tersebut.

Justeru, beliau menyifatkan tindakan bekas kementerian yang diterajuinya itu memberikan 111 gelaran ‘datuk’ sempena Hari Wilayah Persekutuan tahun ini sebagai usaha membeli kesetiaan.

“Kita khuatirlah dengan adanya budaya memberikan pingat dan anugerah ini menjadikan pingat dan anugerah hilang nilai.

“Ramai sangat, mudah sangat. Tak buat apapun dapat. Tapi mungkin ianya tindakan yang dibuat oleh menteri Wilayah Persekutuan untuk mengekalkan kesetian dan supaya orang rasa terhutang budi dan sebagainya.


“Itulah pendekatan yang dilakukan oleh PN berikan lantikan, jawatan. Jadi sebagai menteri, timbalan menteri dapat anugerah lagi, jaga GLC lagi semua ini untuk jaga kesetiaan,” kata Khalid.

Beliau berkata demikian dalam sessi wawancara dengan beliau menerusi TV internet Jom Channel malam tadi.

Khalid mengulas laporan berita seramai 111 individu menerima gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan tahun ini berbanding hanya 28 sahaja mendapat gelaran itu pada tahun lepas ketika kerajaan Pakatan Harapan memerintah negara.

Katanya, pemberian anugerah adalah bagi mengiktiraf perkhidmatan dan sumbangan individu terbabit terhadap kemajuan dan pembangunan Wilaya Persekutuan.

“Pada tahun 2020 kita beri 200 lebih dan  yang dapat gelaran Datuk 26 orang sahaja. Tahun ini 300 lebih Datuk, Datuk Seri sebanyak 111 orang.

“Satu jumlah yang cukup besar telah memberikan perkhidmatan sepanjang tahun 2020 walaupun kita masa itu musim Covid. Mungkin dia orang pada masa itu buat kerja dari rumah sehingga diberikan pangkat dan anugerah. Separuh daripada mereka baharu terlibat dengan Wilayah Persekutuan.

“Ada juga pengarah-pengarah di DBKL telah berkhidmat dalam tempoh lama dan akhirnya telah diberikan pengiktiran, pengorbanan dan jasa mereka.

“Tapi yang kita pelik yang baru muncul, sebelum ini tidak begitu memberi apa-apa sumbangan,” kata Khalid.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, ketika dia menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pingat hanya diberikan kepada mereka yang telah lama berkhidmat.

Penganugerahan pingat yang banyak katanya boleh mendatangkan kesan kurang baik.-SM

 

(Visited 93 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button