‘Makcik gelang pink’ didakwa di mahkamah esok
ESOK, ‘Makcik gelang pink’ yang tular kerana ingkar arahan kuarantin dengan makan di sebuah kafe di Bandar Meru Raya, baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh.
‘Makcik gelang pink” dikatakan akan didakwa di mahkamah pada kira-kira pukul 9 pagi.
Pada 21 Julai lalu, foto seorang wanita yang dipercayai melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.
Foto wanita tersebut yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Raya menunjukkan gelang tangan berwarna merah jambu (pink) di tangan kanannya yang menandakan dia dibawah arahan kuarantin Covid-19.
Pada 29 Julai lalu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya telah menghentikan siasatan berkaitan kes itu.
Bagaimanapun, katanya, siasatan tersebut akan diteruskan oleh JKN Perak. – SM