fbpx
Mahkamah

Prosiding sambung bicara Ahmad Zahid dilapangkan hari ini

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini melapangkan prosiding sambung bicara kes membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Permohonan untuk dilapangkan prosiding hari ini dikemukakan oleh Peguam Ahmad Zahid, Datuk Rosal Azimin Ahmad kerana Ketua Pembelaan, Hisyam Teh Poh Teik masih belum selesai dengan perbicaraan kes lain di Mahkamah Persekutuan.

Permohonan Rosal tidak dibantah oleh Ketua Pendakwa Datuk Raja Rozale Raja Toran dan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersetuju dengan permohonan.

Hari ini sepatutnya prosiding bersambung dengan keterangan saksi pendakwa ke-87, rakan kongsi dari Lewis&Co, Muralidaran A/L Balan Pillai.

Semalam pemeriksaan utama oleh Ketua Pendakwaan belum habis ke atas Muralidaran (Murali) manakala pemeriksaan balas juga tidak sempat dilakukan.


Prosiding sambung bicara kes Ahmad Zahid akan bersambung esok. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button