Negeri

Majlis santapan malam sempena hari keputeraan Raja Perlis pada 1 Julai

Jemaah Dato’-Dato’ Perlis akan menganjurkan ‘Majlis Santapan Malam 2022’ pada jumaat 1 Julai 2022 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur bermula jam 8 malam. Ia merupakan acara tahunan pihak JEMAAH bertujuan untuk meraikan dan memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid bersama-sama Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan untuk berangkat hadir ke majlis tersebut.

Demikian dimaklumkan oleh Presiden JEMAAH tersebut Mejar Jeneral Datuk Husin Md Tahak (Bersara) di Majlis Santapan Tengahari Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Jemaah Dato’-Dato’ Perlis di Hotel Putra Regency Kangar pada tengahari semalam.

Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda berkenan berangkat menghadiri majlis tersebut yang mana pada sebelah paginya telah diadakan pemilihan Husin sebagai Presiden JEMAAH yang baharu dan Profesor Emeritus Datuk Ir. Ts. Dr. Kamarudin Hussin sebagai Timbalan beliau untuk tempoh selama dua tahun. Dato’ Haji Talib Haji Ali kekal memikul tugas Setiausaha dan Dato’ Ir. Hj. Mohd. Yusoff Hj. Mustafa pula selaku Bendahari.

Related Articles

Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Penaung kepada Jemaah Dato’-Dato’ Perlis (JEMAAH) sejak dari awal penubuhannya sentiasa mengikuti secara dekat akan perkembangan dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak JEMAAH dan menyeru supaya lebih ramai Dato’-Dato’ Perlis yang bilangannya meningkat setiap tahun, secara sukarela mendaftarkan diri untuk menganggotai JEMAAH bagi sama-sama membantu baik dalam segi idea bernas, kudrat atau wang ringgit untuk membolehkan aktivitinya berjalan sepertimana yang diharapkan.

Tuanku Raja Muda juga berterima kasih atas kerjasama serta sokongan pelbagai pihak termasuk syarikat-syarikat korporat yang sentiasa membantu.

Pada kesempatan yang sama juga Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menitahkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang datang daripada jauh dan juga dekat, untuk bersama-sama memeriahkan lagi perayaan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang ke-79 pada tahun ini setelah ditangguhkan selama dua tahun akibat Covid-19.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button