Politik

Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah disusun semula

PKR negeri Sabah menyusun semula barisan Majlis Kepimpinan Negeri yang diterajui pengerusinya Datuk Mustapha Sakmud dan timbalannya Peto Galim.

Timbalan Ketua Penerangan PKR Razeef Rakimin dalam satu kenyataan berkata, ia dilakukan bagi memantapkan kepimpinan PKR di negeri itu dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah memberitahu, jawatan Naib Pengerusi digalas Azmi Datu Tamboyong, Raymond Ahuar dan Roslan Sapar manakala Sazalye Donol dilantik sebagai Setiausaha.
“Di samping itu Peto Galim juga mengemudi Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri (JPRN) manakala Datuk Mustapha Sakmud juga bertindak selaku Pengarah Strategi,” katanya.
Pada 26 Mei lalu, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil mengumumkan pelantikan Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi ke jawatan Pengerusi MPN PKR Sabah dengan Peto yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, sebagai timbalannya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button