Negeri

Majlis Petaling Jaya sambut ulang tahun ke 18 dengan penuh meriah

PADA 28 Jun lalu, Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah menyambut satu festival ‘Petaling Jaya International Folklore Festival 2025’ sempena sambutan ulang tahun yang ke 18 tahun dengan tema Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia.

Penganjuran ini adalah selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Petaling Jaya Pintar, Mampan Dan Berdayatahan 2030 (PJSSR 2030), Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 (DPN) dan Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN) dalam usaha memacu industri pelancongan negara yang berteraskan kelestarian pembangunan budaya, seni dan warisan.

Penganjuran Petaling Jaya International Folklore Festival ini telah diklasifikasikan sebagai Government to Government Cultural Project dan pada tahun 2018 telah diiktiraf sebagai International Cultural Exchange Program oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Bandaraya Petaling Jaya dengan kerjasama International Council of Organizations of Folklore Festival and Folk Arts (CIOFF) Malaysia (Official Partner of UNESCO) telah diberikan kepercayaan mewakili Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran 1st Asia Pacific Youth Folklore Festival 2023 pada 21 hingga 26 September 2023 di Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya.

PJ International Folklore Festival 2025 adalah signifikan kepada fasa baru penganjuran yang akan diadakan setiap dua tahun sekali (dwi tahunan). Penganjuran yang menekankan konsep penglibatan Kontinjen di peringkat antarabangsa termasuk Sister City.

Program Sister City juga dikenali sebagai Bandar Persahabatan yang menzahirkan kerjasama MBPJ dengan 7 bandar seperti Kota Bandung (Indonesia), Miyoshi, Saitama (Jepun), Asan dan Seongbuk-Gu (Korea Selatan), Qing Yuan (China), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Pengisian 2025 masih mengekalkan inisiatif memartabatkan lima tonggak seni budaya iaitu persembahan kebudayaan, makanan, permainan rakyat, busana dan seni silat. Sasaran penyertaan Kontinjen untuk penganjuran 2025 adalah sebanyak 25 kontinjen.

Sambutan itu dihadiri dengan kehadiran sekitar 10 ribu pengunjung dan turut dimeriahkan oleh artis tanah air antaranya, Black HanifahFahimi Rahmat, Aisyah Retno, Santesh dan Victoria Ng.


Dalam masa yang sama turut mengadakan pertandingan perarakan dari beberapa agensi, syarikat dan universiti di bawah Petaling Jaya.

Artikle Berkaitan :>

MBPJ akan raikan “Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia” pada Sabtu ini

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button