Hiburan

Majlis pernikahan Neelofa disiasat polis

POLIS akan memanggil penganjur majlis pernikahan pengacara televisyen popular, Neelofa kerana dikata melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pernikahan antara Neelofa dan Haris Ismail itu berlangsung di hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur semalam (Sabtu) dan dihadiri 150 tetamu yang terdiri daripada saudara mara dan kenalan rapat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner, Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis telah memulakan siasatan mengenai perkara itu.

“Kami akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 21A Akta 342 (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit),” katanya seperti yang dipetik dari The Star Online.

Majlis pernikahan berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada pukul 11.40 pagi Sabtu (27 Mac) di hadapan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Gambar-gambar majlis perkahwinan telah menjadi viral, dengan ramai yang mempersoalkan tidak ada jelas pematuhan SOP oleh mereka yang berada di acara tersebut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button