Agama

MAIPs, Universiti Abuja adakan syarahan kesan hadis palsu kepada imej Islam

KANGAR 19 Ogos – University of Abuja di Abuja, Nigeria bersama-sama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menganjurkan Syarahan Umum Antarabangsa bertajuk ‘Negative Impact of Fabricated Hadith Upon The Image Of Islam’ di universiti berkenaan baru-baru ini.

Ia turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan juga Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Demikian menurut kenyataan media MAIPs hari ini.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan seminar separuh hari tersebut yang dianjurkan sempena Safar Ilmi MAIPs 2024.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pemangku Naib Canselor universiti yang diwujudkan pada Januari 1988 dengan kampus terkininya seluas 11,824 hektar di sepanjang Jalan Abuja ke Lapangan Terbang iaitu Prof Acsha Maikindi.

Berangkat sama ialah anakanda Baginda yang juga waris yang kedua Negeri, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Turut mengiring ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Nigeria, Aiyub Omar, Kaunselor, Sharmini Devi Gopal dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam ucapan beliau berkongsi tentang; “Hadis palsu ialah hadis yang disandarkan secara palsu kepada Nabi Muhammad SAW sedangkan Baginda tidak melafazkannya.”

Kebanyakan hadis-hadis rekaan telah diperkenalkan sendiri oleh pemalsu hadis yang telah memalsukan kenyataan dan mencipta sanad dari khayalan mereka sendiri.

Para ulama menolak hadis ini dan melarang bacaannya tanpa mengenal pasti statusnya. Penyelewengan teras hadis rekaan adalah justifikasinya untuk pembunuhan Nabi Muhammad.

Pemalsuan hadis telah memudaratkan pelbagai aspek kehidupan, termasuk akidah, perundangan agama, dan amal ibadah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button