MAIPs teliti model program HELD NASFAT
KANGAR 22 Ogos – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) komited mengadakan kerjasama bagi meneliti konsep pelaksanaan program HELD yang dilaksanakan oleh NGO Nasrul-lahi-li Fathi (NASFAT), Nigeria.
Program HELD yang merangkumi fokus bantuan dan inisiatif dalam bidang kesihatan, pendidikan, pekerjaan dan dakwah adalah antara model menarik yang dilaksanakan NASFAT dalam memberikan khidmat sosial kepada masyarakat muslim di Nigeria.
NASFAT yang ditubuhkan pada 1984 oleh golongan modenis dan reformis Muslim di Ibadan Nigeria adalah antara kumpulan NGO yang mementingkan pembangunan masyarakat Islam yang berilmu berasaskan pemahaman Islam yang sebenar.
Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam titah Baginda menurut kenyataan media MAIPs berharap agar usaha MAIPs ini dalam memperteguhkan hubungan antara Muslim bersaudara walaupun terpisah di benua berbeza.
Keberangkatan Baginda disambut oleh Presiden NASFAT, Dr. Nasir O. Mustapha-Raji.
Mengiringi Baginda adalah Anakanda yang juga Waris Kedua Negeri iaitu Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Abuja, TYT Aiyub Omar, dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.
Menyampaikan ucapan berkaitan peranan NGO Dakwah dan Pendidikan pada majlis berkenaan adalah Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Prof. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Turut berkongsi berkaitan pengalaman MAIPs dalam aktiviti kebajikan dan sosial, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor.