NasionalPendidikan

MAIPs biaya 10 kerusi pengajian di KUIPs untuk pelajar Uighur

Mufti Perlis Prof. Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Yang DiPertua MAIPs DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, saya memaklumkan bahawa MAIPs memberikan kepada mereka 10 kerusi pengajian pelajar dari Uighur di KUIPs (Kolej Universiti Islam Perlis) dengan pembiayaan MAIPs. Jumlah itu akan ditambah dari masa ke semasa.

Beliau berharap zakat Umat Islam di MAIPs dapat membantu mereka dan mereka begitu gembira sekali dengan berita itu.

Mohd Asri menerima kunjungan dari pemimpin masyarakat Uighur di kediaman saya.

Mereka ialah al-Syeikh Abdul Waris Abdul Khaliq dan Nur Muhammad mewakili masyarakat mereka untuk menceritakan kepada saya kekejaman yang dilakukan oleh China terhadap masyarakat mereka.

Mohd Asri berkata berjuta juta Umat Islam Uighur dalam tahanan penyeksaan.

“Dirogol, diseksa, disekat zuriat, dirampas harta, dihalang beragama, dipaksa wanita bersuamikan lelaki cina yang bukan muslim dan pelbagai lagi kezaliman yang sangat menakutkan. Nasib mereka sangat menyayatkan hati.

“Harap kita janganlah tertipu dengan propaganda kononnya China hanya memberikan kemahiran hidup dan masyarakat Uighur tidak diseksa.

“Mereka yang sanggup membuat cerita dusta seperti itu benar-benar mengkhianati masyarakat muslim di sana. Di manakah nilai iman atau sekurang-kurangnya kemanusiaan dalam diri?” katanya.

Pihak MAIPs, katanya, juga merancang untuk mengadakan ceramah khas AIRMATA UIGHUR di Masjid Alwi pada Khamis akan datang selepas Maghrib (30 Januari).

Kedua tokoh Uighur berkenaan dijangka akan berucap. Semua Umat Islam di seluruh Malaysia dijemput hadir.

“Marilah tunjukkan nilai ukhuwwah islamiyyah kita terhadap mereka,” kata Mohd Asri.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button