MAHKAMAH Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan keterangan baharu dalam rayuannya untuk menggugurkan sabitan dalam kes dana RM42 juta SRC International. Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata, permohonan untuk mengemukakan keterangan tambahan itu tidak memenuhi peruntukan undang-undang.
“Kami mendapati permohonan ini tidak memenuhi peruntukan undang-undang.
“Tiada kesalahan yang membolehkan ia dirayu,” katanya.
Turut sama bersidang adalah Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf; Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan Zawawi Salleh. – SM