AgamaMahkamahNasional

Mahkamah Tinggi Perintah Tiga Kanak-Kanak Kontroversi Diserahkan Kepada Ibu

Jabatan Kebajikan Masyarakat diarah menyerahkan tiga kanak-kanak kontroversi yang dikatakan memeluk Islam secara sepihak kembali ke pangkuan ibu mereka, Loh Siew Hong dengan kadar serta-merta.

Arahan itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas permohonan writ habeas corpus oleh Siew Hong dibenarkan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

“Perintah mahkamah masih kekal dan masih sah. Perintah mahkamah tidak boleh dilayan dengan sewenang-wenangnya dalam berhadapan penghinaan mahkamah.

“Oleh sebab perintah mahkamah masih kekal, saya membenarkan permohonan writ habeas corpus,” kata hakim itu selepas meneliti kes kontroversi membabitkan hak penjagaan dan agama.

Dalam pada itu, peguam mewakili Siew Hong, Shamsher Singh Thind berkata, isu yang timbul cuma satu iaitu apakah benar anak-anak Siew Hong diculik, ditahan atau sebaliknya.

“Jadi persoalan sama ada ketiga-tiga orang anak suka atau tidak kepada ibunya tidak harus timbul selepas Siew Hong secara jelas mendapat hak penjagaan dan kawalan tunggal.

“Lagi pun, hak seorang minor (bawah umur) adalah hak ibu bapa dan masyarakat tidak seharusnya mempertikai perkara ini tanpa merujuk undang-undang,” katanya.

Di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dihadiri pelbagai anggota Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menunjukkan solidariti mempertahankan akidah tiga kanak-kanak itu.

Salah seorang pengikut yang hadir, Mustafa Azman berkata, kalau desakan dibuat hanya untuk mendapatkan serta mengesahkan hak penjagaan ibu secara rasmi tiada masalah.

Yang menjadi masalah adalah sepanjang ketiadaan bapa tiga kanak-kanak ini, ibunya sudah dihubungi beberapa kali namun tiada sebarang pertemuan berjaya dibuat.

“Secara tiba-tiba entiti yang menjaga kebajikan kanak-kanak itu dituduh menculik dan ada pihak berandaian tiga kanak-kanak terbabit memeluk Islam secara terpaksa kerana mengikuti bapa.

“Keadaan ini cuma memberikan gambaran yang buruk kepada umat Islam sedangkan kebajikan terpelihara dan tolonglah jangan lebih-lebih membuat provokasi,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button