Luar Negara

Maharaja Jepun Naruhito, Permaisuri pindah ke Istana Diraja

MAHARAJA Jepun Naruhito bersama isteri, Permaisuri Masako dan anakandanya Puteri Aiko selamat berpindah ke Istana Diraja di pusat bandar Tokyo selepas lebih dua tahun menaiki takhta.

Demikian laporan Sputnik yang memetik penyiar NHK, semalam.

Proses berpindah bermula pada 6 September lalu dan selesai sepenuhnya pada kelmarin.

Naruhito ditabalkan pada 1 Mei 2019 setelah ayahandanya Akihito melepaskan takhta atas faktor usia dan kesihatan.

Ia sekali gus menjadikan baginda maharaja Jepun pertama yang melepaskan takhta dalam tempoh lebih 200 tahun. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button