Ekonomi

Magma terima lampu hijau terbit RCN RM100 juta

KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2024– Magma Group Berhad (“Magma” atau “Syarikat”), sebuah kumpulan pegangan hospitaliti dan pelaburan

telah mendapat kebenaran dari Bursa Securities untuk menerbitkan
Nota Boleh Tukar Boleh Tebus (“RCN”), yang dijangka dapat mengumpul dana sehingga RM100 juta.

Magma berkata Bursa Securities telah memberi lampu hijau untuk penyenaraian dan sebut harga sehingga 1 bilion saham Magma baharu menerusi RCN itu, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham.

Menerusi RCN ini, ia akan mengukuhkan kunci kira-kira Magma dengan membayar balik pinjaman bank sedia ada sekaligus mengekalkan keteguhan kewangan dan meneruskan inisiatif pertumbuhan strategik.

Manakala baki hasil akan digunakan untuk modal kerja dan menampung perbelanjaan yang berkaitan dengan penerbitan RCN.

Pengarah Urusan Magma Group Berhad Dato’ Sri Thomas Liang Chee Fong, berkata, lampu hijau untuk terbitan RCN menandakan satu langkah penting ke hadapan untuk Magma.

“Pengumpulan dana ini akan membolehkan kami menyelaraskan operasi kami, mengurangkan beban kewangan untuk terus mengukuhkan kedudukan kami dalam sektor perhotelan juga terbuka untuk meneroka usaha niaga baharu dan meningkatkan portfolio sedia ada kami, menetapkan peringkat untuk pertumbuhan yang mampan,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah syarikat tetap berdedikasi kepada operasi terasnya dalam sektor hospitaliti, dengan menumpukan pada memaksimumkan potensi hartanah utamanya, termasuk Hotel Impiana KLCC, Impiana Hotel Ipoh, Impiana Hotel Senai, dan WOLO Kuala Lumpur.

Pengumpulan dana melalui RCN i i ini akan memainkan peranan penting dalam strategi ini, mengurangkan beban kewangan untuk meningkatkan kecekapan operasi, sekali gus boleh membawa kepada peningkatan kadar penghunian, dan meningkatkan Kadar Bilik Purata (ARR) dengan memanfaatkan peningkatan yang dijangkakan dalam ketibaan pelancong dan melaksanakan inisiatif yang berterusan.

Usaha ini, disokong oleh kunci kira-kira yang diperkukuh, sejajar dengan komitmen Magma untuk memacu pertumbuhan yang mampan dan menyampaikan nilai kepada pemegang kepentingannya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button