MaGIC melancarkan Program Pemacu Cabaran Impak Sosial (SICA)
Fokus utama untuk mengatasi masalah sosial dan persekitaran
Syarikat-syarikat pemula (startup companies), perusahaan sosial serta inovator sosial dijemput untuk mengtengahkan idea-idea yang memacu penyelesaian berdasarkan impak melalui program Social Impact Challenge Accelerator (SICA) yang baharu anjuran Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).
Melalui SICA, para pengusaha perniagaan dengan model perniagaan menjana keuntungan serta inovasi yang didorong oleh impak, akan menerima sumber dan sokongan kuratif yang ditawarkan untuk meningkatkan penerapan penyelesaian isu-isu berkaitan dalam menangani pelbagai cabaran sosial dan persekitaran.
“Kami ingin menyeru semua perusahaan perniagaan yang didorong oleh impak untuk berkonsi penyelsaian yang berasakan pengkomersialan dalam menangani cabaran SICA yang dipilih. SICA adalah platform yang mengumpulkan perusahaan berpotensi tinggi untuk mempercepat pengembangan impak model perniagaan serta mengetengahkan mereka ke pasaran yang lebih luas. Kami amat beruntung dapat bekerjasama dengan ‘Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu’ (UNDP) dalam mengurus program pemecut berfokus impak dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang pertama kalinya buat kami” kata Amiruddin Abdul Shukor, Pemangku CEO Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).
SICA menggabungkan program pemecutan perniagaan dengan kandungan khusus untuk penjajaran impak SDG Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), termasuk peningkatan kapasiti mengenai amalan terbaik global dalam pengukuran serta pengurusan impak. Peserta yang berjaya akan memperoleh akses sokongan eksklusif pasca program pemecut yang disesuaikan, termasuk potensi dana, akses jaringan dan bimbingan, serta berpeluang untuk menyertai program perolehan kerajaan melalui Program Perolehan Impak Sosial Kerajaan (PPISK).
SICA kali pertama ini akan menampilkan tiga Cabaran Impak unik dengan dengan kerjasama Rakan MaGIC untuk dipilih, iaitu:
- Meningkatkan Perkhidmatan dikalangan mereka yang berusia untuk Rakyat Malaysia: Bagaimana kita dapat menyediakan penyelesaian yang mudah diakses dan berpatutan untuk menyokong komuniti yang sudah berusia di Malaysia? – oleh Khazanah Nasional Berhad
- Meningkatkan Kitar Semula Sisa Sungai Dengan Menjana Keuntungan: Bagaimana kita dapat menggunakan inovasi hijau untuk mengubah sisa sungai menjadi produk lestari yang berfungsi dengan nilai komersial? – oleh Selangor Maritime Gateway
- Mendidik Generasi Masa Hadapan: Bagaimana kita dapat melengkapkan generasi muda dengan pengetahuan dan / atau kemahiran yang tepat yang sesuai untuk masa depan? – oleh Citrine Capital
“Cabaran Impak yang dipilih untuk SICA bukanlah perkara baharu tetapi ia adalah isu-isu kritikal yang kurang mendapat perhatian dalam masyarakat kita. Kami berharap program ini dapat mencari penyelesaian inovatif baharu bersama rakan-rakan kongsi kami dalam menangani isu-isu tersebut dan pada masa yang sama, meningkatkan penggunaan produk atau perkhidmatan berdasarkan impak. Ini memberi kebaikan untuk semua pihak – manusia, alam sekitar dan keberuntungan operasi.” kata Amiruddin lagi.
Kepada yang berminat, anda boleh mula mengemukakan permohonan bermula dari semalam, 19 Mei 2021 dan untuk mendapatkan maklumat lanjut bolehlah layari laman www.mymagic.my/sica. Pemohon yang disenarai pendek akan dijemput untuk memberikan penyelesaian mereka pada bulan Julai hadapan, dan pemenang dari setiap ‘Impact Challenge’ akan mendapat jemputan eksklusif untuk bekerjasama dengan ‘Impact Accelerator’ dan mempamerkan penyelesaian tersebut yang semasa Hari Demo untuk mendapatkan sokongan pasca program pemecut yang dipilih sendiri oleh rakan kongsi MaGIC. – SM