Gajet

Luahan rakyat di saat pandemik Covid-19

ulama

Oleh Abdul Hafiz Abdul Rahman

Heboh sekarang isu penguatkuasaan terhadap para penunggang motosikal terutamanya di dalam ubah suai ekzos, sehingga pihak berkuasa mengambil tindakan dengan melakukan sekatan jalan raya sebagai salah satu usaha membendung gejala ubasuai ini oleh penguatkuasa. Bagus ia satu usaha dan tindakan untuk mengurangkan perkara negatif seperti bunyi bising yang melampau, perlumbaaan haram dan keselamatan. Ia mungkin dapat mengawal penggunaan ekzos yang terlalu melampau sehingga menganggu orang lain, terutama di kawasan umum.

Tetapi!!!!!!!, kenapa sekarang di masa rakyat rata-rata bergelut dengan masalah Covid-19 dan PKP, masing-masing mereka ini masih sibuk bekerja dan mencari rezeki. Penghantar barangan seperti Grab, food panda, pekerja yang menggunakan motosikal dan sebagainya kebanyakan menjadikan ia pengangkutan utama. Kenapa begitu kejam di waktu PKP ini perlu ada penguatkuasaan sebegini!!! Saya malas nak komen sebenarnya sebab perkara ini dah lama berlaku.

Sudah bertahun-tahun rasanya hingga tak ingat berapa generasi sudah, ada sahaja tapi tak sekejam begini, dengan hukuman hingga penjara boleh dibuat, seolah sengaja nak menakutkan bukannya mendidik. Tindakan ini seolah-olah tindakan bermusim mengikut kepada aduan orang ramai atau mungkin berdasarkan kepentingan pihak tertentu. Cumanya, tindakan pukul rata dengan menyaman semua pemilik motosikal di sekatan jalan raya tidak wajar dilakukan ketika rakyat masih menanggung beban sara hidup akibat Covid-19 ini. Kebanyakan mereka ini yang bergantung sepenuhnya dengan motosikal adalah rakyat biasa yang setengah kerana minat, pengaruh jualan barangan ubahsuai dan sebagainya hingga tiada kawalan penjualan dengan mudah didapati. Mereka juga penyumbang barisan hadapan dengan mencari rezeki punca dengan menjana pendapatan dan ada di antara mereka ini melakukan berbagai jenis pekerjaan yang membantu ekonomi dan mempermudahkan urusan rakyat Malaysia khasnya ketika sepanjang waktu PKP ini. Jika benar cara pengubahsuaian itu boleh menggugat dan keselamatan serta mengganggu persekitaran orang ramai terutamanya, ia memang patut di ambil tindakan tetapi hanya kepada mereka yang disahkan terlibat sahaja dengan bukti cukup. Bagi mereka yang membuatnya atas dasar minat serta kepuasan diri, mereka ini kena berani menanggung risiko berhadapan dengan tindakan undang-undang walaupun belum tentu mereka ini semuanya ini menggunakan untuk menyusahkan orang ramai dan menggugat keselamatan ketika di jalan raya.

Tindakan pukul rata semua pengguna motosikal yang mengubah suai sistem ekzos hanya pada bunyi yang kuat ini bukanlah mendidik namanya. Guballah undang-undang dengan saman berjuta sekali pun, ia tidak akan selesai. Perkara ini bergerak seiring di mana selagi ada jualan, pembelian juga pasti akan berlaku jika ada peminatnya. Ia kebanyakan adalah semata-mata hobi jika anda betul-betul seorang peminat kenderaan, bukannya ikutan sekadar acah-acah ingin mengikut gaya hidup sekeliling untuk menjadi mat motor demi kepentingan dan keuntungan semasa.

Apabila ada keperluan peribadi seperti mengekalkan sokongan dan kepentingan diri, sesuatu pihak, kebanyakan mereka ini ( penunggang motosikal la dicari ) kerana mereka ini selalunya ramai dan pasti akan dijaga dan disokong, seperti konvoi atau misi bantuan amal. Tetapi bila timbul sahaja isu seperti ini, habis golongan mat motor ini juga dijadikan sasaran dan menjadi bahan cerita yang negetif, mereka di hukum dan ditahan dan diperiksa seolah-olah melakukan jenayah yang amat serius hingga hukuman penjara!!!.

Jika benar ingin melakukan penguatkuasaan, undang-undang, pihak berwajib adalah lebih baik ia bermula dengan cara mendidik, terutama golongan muda ini dengan sentiasa memberi peringatan dan penguatkuasaan berterusan di kawasan-kawasan yang sepatutnya berlaku gangguan bunyi bising atau ubahsuai yang berlebihan yang telah ” dibuktikan” mereka ini ada membuat bising dan menyebabkan pencemaran bunyi berterusan. Suatu tindakan secara tiba-tiba akan menyusahkan rakyat, terutama waktu pandemik Covid-19, ketika orang ramai berkerja atau melaksanakan pelbagai urusan di waktu sibuk, mereka ini ditahan dan disita motosikalnya. Fahami dan dekati juga kehendak pengguna motosikal lebih-lebih lagi golongan muda yang minat dengan pengubah suaian. Peraturan yang diguna pakai boleh disesuaikan dengan peredaran masa terutamanya mengenai perkara penting didalam pengubahsuaian kenderaan yang biasanya menjadi topik utama di dalam sekatan oleh pihak berkuasa. Adakah dengan membuat penguatkuasaan secara menahan setiap pengguna motosikal, mencari kesalahan dan terus menghukum adakah ia akan selesai? Dalam hal ini kita ada pihak pembekal, penjual, pengguna dan pihak yang mengambil hasil cukai setiap barangan dan jualan (kerajaan), kenapa mereka ini tidak diambil kira?

Oleh sebab itu jika boleh, duduk bersama dan mendengar pendapat serta mengambil peduli kehendak semua peringkat dan pengguna motosikal atau tangguh dulu semasa PKP ini, beri amaran keras pada mereka yang mengubah suai berlebihan. Saya percaya ramai sahaja mereka ini yang terdiri daripada banyak peringkat bukan motosikal kecil sahaja dalam ubahsuai ini, ada antara mereka ini berbagi golongan, para pemimpin, ahli politik, penguatkuasa, doktor, peguam dan daripada setinggi-tinggi jawatan hinggalah pelajar sekolah mengunakan motosikal dan kenderaan lain, mereka pun turut mengubah suai, cuma kena atau tidak sahaja lagi. Boleh dikatakan majoriti semua peringkat umur dan masyarakat minat dengan ubah suai kenderaan. Mereka ini pun boleh jadi sama sahaja dengan pengguna lain terutama yang mencari rezeki dengan menggunakan motosikal. Itulah minat dia, itulah hiburan dia dan itulah keseronokan yang dia mampu, cumanya kena ada kawalan yang sesuai dengan keadaan masa dan zaman kini.

Di harap kita mempunyai satu peraturan baru yang boleh dikuatkuasakan seiring dan sesuai dengan kehendak zaman. Bukannya menyekat dan terus menghukum. Setelah bebas dijual di pasaran terbuka, selepas kerajaan mengambil cukai barangan dan selepas rakyat membeli kerana minat dan pengaruh iklan serta jualan, bila digunakan kena saman! Cuba ubah dan ambil peduli tentang perkara ini serta peruntukan undang-undang itu selaras mengikut keadaan dan keperluan semasa. Saya setuju tindakan dikenakan kepada mereka yang betul-betul degil, yang melakukan ubah suai sehingga menghasilkan bunyi yang berlebihan di kawasan umum. Sesiapa pun boleh terganggu dengan bunyi ekzos bising yang digunakan secara membuta tuli di kawasan umum.

Janganlah pukul rata kepada semua pengguna kenderaan lebih-lebih lagi terhadap golongan mat motor yang lain kerana mereka ini membuat modifikasi atas dasar minat dan kepuasaan dalam dunia permotoran dengan barang-barang yang mudah didapati di pasaran. Tindakan penguatkuasaan bermusim seperti ini, seperti biasa, boleh mewujudkan dua pihak. Pihak yang menyokong dan pihak yang membantah. Akhirnya sampai bila-bila perkara ini tidak akan selesai. Golongan muda ini jika kehendak mereka disekat sepenuhnya akan mewujudkan sikap dendam, marah, memberontak dan boleh menjurus kepada pemikiran tidak percaya kepada sistem undang-undang, penguatkuasaan dan pemimpin. Didik dengan cara mengenal peraturan yang sesuai dan selami permintaan dan kehendak golongan ini agar ia menjadi masyarakat yang tidak memperlekehkan undang-undang tetapi menjadi rakyat yang mesra, hormat, bertimbang rasa dan patuh kepada undang-undang yang relevan. Kami sayang negara kami.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button