LPPSA serah pampasan takaful kepada waris tragedi helikopter TUDM
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bersama Markas Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menyerahkan pampasan Takaful Gadai Janji Penyelesaian Pembiayaan LPPSA kepada tujuh waris pegawai dan anggota insiden kemalangan helikopter yang masih mempunyai pembiayaan perumahan dengan lembaga itu.
Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Mohd Farid Nawawi, secara simbolik telah menyampaikan replika cek pampasan berjumlah RM1,958,766.33 kepada Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, Laksamana Muda Datuk Abd Halim Shaari, yang turut disertai Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Markas Angkatan Tentera Malaysia, Brigadier Jeneral Hamdan Ahmad TUDM.
Surat Pengesahan Penyelesaian Pembiayaan Perumahan LPPSA kepada waris pegawai dan anggota yang terlibat.Inisiatif ini diambil bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka dalam situasi yang sukar ini.
Usaha LPPSA ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan pelanggan mengenai perlindungan Takaful Gadai Janji yang melindungi pembiayaan perumahan
dengan LPPSA.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Pegawai Operasi LPPSA, Zuwardi Zubir, pegawai-pegawai LPPSA, wakil TLDM, dan wakil waris pegawai dan anggota yang terlibat. – SM