Politik

LKS tuduh kerajaan cari alasan baharu tangguh sidang Parlimen

AHLI Jawatankuasa Pusat DAP, Lim Kit Siang menuduh Kabinet mencari alasan baharu bagi menangguhkan sidang Parlimen pada Julai dan Ogos ini.

Sidang yang bakal berlangsung selama kira-kira 25 hari itu sepatutnya memberi laluan kepada pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

BACA > Isham Jalil dilantik Ketua Penerangan BN Selangor — Suara Merdeka

Bagaimanapun, menurut Kit Siang, Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pembentangan RMK-12 ke tahun hadapan.

Katanya, berikutan penangguhan tersebut, terdapat kemungkinan sidang Dewan Rakyat 13 Julai hingga 27 Ogos ini mungkin dibatalkan.

“Apa yang dikesalkan, kerajaan sepatutnya menunjukkan teladan dengan menyatukan pelbagai bangsa dan agama dalam menghadapi normal baharu akibat Koronavirus (Covid-19).

“Tetapi, Kabinet pasti sibuk mencari alasan baharu bagi meneruskan sekatan sidang Parlimen dan melumpuhkan peranan Ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam blog semalam.

Dakwanya lagi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terus bermain politik dengan melumpuhkan peranan Dewan Rakyat dan menutup Parlimen.

BACA > Bertengkar dengan isteri, bakar kereta bapa mentua — Suara Merdeka
BACA > Lapan hari tiada kes kematian, optimis dapat putuskan rantaian Covid-19 di Malaysia — Suara Merdeka

Justeru beliau menggesa Ahli Parlimen Pagoh, supaya memberi penjelasan mengenai penangguhan itu dan kemungkinan berlaku pembatalan sidang.

Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, takwim Parlimen diubah sebanyak tiga kali sejak Muhyiddin menjadi Perdana Menteri pada Mac lalu.

“Menurut Setiausaha Parlimen, Riduan Rahmat pada 18 Mac sebelum beliau diturunkan, mesyuarat sepatutnya berlangung selama 25 hari.

“Dalam perubahan itu, lapan hari dijadualkan bagi usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, 11 hari perbahasan RMK-12 dan baki sidang untuk urusan kerajaan dan rang undang-undang,” jelasnya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Malaysia optimis dapat memutuskan rantaian Covid-19.

Menurutnya, berdasarkan trend terkini, rantaian wabak itu dapat diputuskan dalam sedikit masa lagi.

BACA > Air dicencang takkan putus…selepas Pas, bertautlah UMNO-BERSATU — Suara Merdeka
BACA > Johor bakal gegarkan politik Malaysia pada 7.3 skala richter — Suara Merdeka

Kemungkinan dalam masa terdekat beberapa sektor seperti sosial dan pendidikan boleh beroperasi semula. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button