Nasional

Lima wilayah catat lebih 50% penduduk dewasa divaksin

Lima wilayah mencatatkan lebih 50 peratus penduduknya telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Tertinggi Labuan dengan 90 peratus penduduk dewasa telah menerima dos pertama manakala 76.8 peratus lagi telah lengkap menerima kedua-dua dos.

Diikuti Sarawak yang merekodkan 81.7 peratus penduduk dewasa telah disuntik dengan dos pertama dan 57.3 peratus lengkap disuntik kedua-dua dos.

Ketiga tertinggi dicatatkan di Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kauala Lumpur dan Putrajaya dengan 80 peratus penduduk dewasan telah menerima dos pertama manakala 28.2 peratus lengkap menerima kedua-dua dos.

Diikuti Negeri Sembilan dengan 65.6 peratus penduduk dewasa telah disuntik dos pertama dan 25.5 peratus telah menerima kedua-dua dos.

Perlis kelima tertinggi dengan 55.9 peratus telah menerima dos pertama dan 38.3 peratus menerima kedua-dua dos.

Keseluruhan sehingga semalam 17.839 juta dos vaksin telah diberikat kepada rakyat melibatkan 12.131 juta dos pertama dan 5.708 juta dos kedua.

Semalam 521,923 dos vaksin diberikan melibatkan 333,621 dos pertama dan 188,302 dos kedua.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button