Rencah Hidup

Lima sebab jangan emel urusan kerja pada waktu malam

EMEL atau dahlu pernah dipanggil surat elektronik merupakan kaedah terbaik untuk kita berhubung dan mengirim fail-fail penting kepada bos atau rakan sekerja.

Namun, perlu ingat. Mengirim emel ini ada etikanya. iaitu tidak elok jika dilakukan pada waktu malam. Salain mengganggu, ada lima lagi alasan lain kenapa jangan emel pada waktu malam.

1. Emel akan tenggelam

Orang jarang bukan atau tengok emel pada waktu malam. Kerana malam waktu orang berehat. Jangan terkejut kalau apabila penerimanya bangun pagi, dia tidak perasan emel kita sebab sudah tertimbun di bawah emel-emel lain. Sebab itu, lebih baik hantar emel pada sebelah siang atau ketika di pejabat.

2. Takut ada kesalahan

Bekerja pada waktu malam biasanya lebih mudah untuk melakukan kesilapan. Hal ini disebabkan keadaan tubuh badan kita yang letih. Jangan dipaksa otak kita. Dalam keadaan seperti ini otak susah mahu fokus. Boleh mengundang kesalahan yang kemungkinannya bukan sahaja akan menjejaskan kita, tetapi mungkin juga syarikat. Oleh itu, waktu malam elok rehat saja.

3. Ganggu waktu rehat

Sambung kerja di rumah termasuk mengirim emel tentang kerja sudah tentu mengganggu waktu rehat. Malam adalah waktu untuk santai dan bukannya untuk mengingati pekerjaan. Jika perlu juga menghantar emel lebih baik di pagi hari atau di waktu kerja agar waktu istirahat mereka tidak terganggu dengan dentingan emel kita.

4. Membuat penerima jadi tidak tenang

Jika kita emel berkaitan urusan kerja pada waktu malam, secara tidak langsung akan membuatkan penerima menjadi tidak tenang. Ini disebabkan sangat mereka mahu berehat kita mengingatkan mereka tentang pekerjaan yang belum selesai.

5. Waktu istirahat jadi kurang

Ketika kita menghantar emel berkaitan urusan kerja pada waktu malam, sudah tentu ia akan mengambil waktu rehat kita. Waktu rehat kita jadi berkurangan. Kita akan jadi tidak cukup rehat. Sedangkan, malam adalah waktu kita untuk merehatkan otak dan tubuh badan. Kalau kurang rehat bagaimana mahu memberi tumpuan maksimum saat di pejabat esoknya?  Jangan memaksakan diri!

Jadi, bersabarlah. Kalau dah malam, tunggu esok pagi sahaja untuk hantar emel!

.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button