LIAM lancarkan kempen #LIAMGoldenMoments dan #LifeisFullofSurprises sempena ulang tahun ke-50
DALAM meraikan ulang tahun ke-50, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) telah melancarkan dua kempen berimpak: #LIAMGoldenMoments dan #LifeisFullofSurprises. Kedua-dua kempen ini bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai kepentingan perlindungan insurans hayat serta perancangan kewangan. Kempen ini berlangsung dari Jun hingga November 2024, dengan peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai lebih RM45,000. Selain itu, LIAM juga berhasrat mengumpul dana RM50,000 untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perusahaan sosial terpilih, menambah satu lagi pencapaian penting dalam sejarah lima dekad LIAM.
Kempen #LIAMGoldenMoments mengajak rakyat Malaysia untuk berkongsi kenangan terindah mereka melalui penyertaan video peribadi. Bagi setiap penyertaan yang diterima (sehingga 5,000), LIAM akan mendermakan RM10 kepada lima NGO dan perusahaan sosial terpilih, termasuk Persatuan Masalah Pembelajaran Daerah Petaling, Selangor (GOLD), Suri Lifestyle, Persatuan Wanita & Ibu Tunggal (WITUS), Reef Check Malaysia, dan The Asli Co./Ajar Society. Matlamatnya adalah untuk mengumpul derma minimum RM50,000. Peserta juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai dalam kategori seperti Cabutan Bertuah Mingguan, Video Paling Kreatif, dan Video Paling Berimpak, sambil merayakan peristiwa penting dalam hidup mereka.
Kempen #LifeisFullofSurprises bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai perlindungan insurans hayat dan kepentingannya dalam melindungi individu serta keluarga daripada kejadian tidak dijangka. Kempen ini berjalan serentak dengan #LIAMGoldenMoments, menawarkan hadiah wang tunai RM50 kepada 100 pemenang mingguan, yang menekankan kepentingan insurans hayat dalam mencapai keselamatan kewangan dan merancang masa depan..
Menurut Ketua, Ketua Pegawai Eksekutif LIAM, Mark O’Dell, kedua-dua kempen ini memberi manfaat kepada rakyat Malaysia selain menjamin kewangan.
“Sambutan ulang tahun ke-50 LIAM adalah satu peristiwa penting yang meraikan impak mendalam kami dalam meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia. Melalui kempen #LIAMGoldenMoments dan #LifeisFullofSurprises, kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran mengenai perlindungan insurans hayat dan memberi kembali kepada komuniti yang telah menyokong kami selama lima dekad. Dengan penyertaan, rakyat Malaysia boleh menyokong kempen ini sambil mengambil langkah bijak untuk menjamin masa depan kewangan mereka.”
Ditubuhkan pada tahun 1974, LIAM telah menjadi peneraju dalam industri insurans hayat Malaysia selama lima dekad. Sebagai persatuan perdagangan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966, LIAM mewakili 16 ahli, termasuk 14 syarikat insurans hayat dan 2 syarikat insurans semula hayat. Persatuan ini memainkan peranan penting dalam mempromosikan perlindungan kewangan dan meningkatkan kesedaran masyarakat melalui inisiatif pendidikan, serta bekerjasama dengan kerajaan untuk mengukuhkan perlindungan sosial. Komitmen LIAM untuk memajukan imej dan profesionalisme industri telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi Malaysia, menjadikan sektor insurans hayat sebagai penyokong penting bagi keluarga dan masyarakat.