LHDN cawangan Keningau kembali beroperasi
MULAI esokk kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Keningau akan kembali beroperasi dengan waktu operasi terhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut kenyataan LHDN hari ini, antara operasi yang dibuka ialah perkhidmatan percukaian kaunter setempat, kaunter bantuan prihatin rakyat dan kaunter duti setem.
Kaunter tersebut dibuka dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari manakala penerimaan bayaran di kaunter duti setem hanya sehingga pukul 12 tengah hari sahaja.
Pelanggan yang hadir di pejabat LHDN dinasihatkan agar mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung.
Orang ramai boleh melayari portal LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/, Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) atau Hasil Live Chat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau pertanyaan serta maklum balas. – SM