Politik
Trending

Letak jawatan PM: Tun tersilap besar – Khalid

TINDAKAN perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr. Mahahtir Mohamad pada hujung Februari lalu diakui pemimpin Pakatan Harapan  (PH) sebagai sesuatu yang ‘tersilap’.

Namun itu perkara yang sudah lama berlalu, cuma akhirnya para pemimpin PH mengakui tindakan itu satu kesilapan.

Daripada terus menuduh Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai kerajaan ‘pintu belakang’.

“Tun tersilap besar kerana meletakkan jawatan sebagai PM.

“Ia memudahkan MY (Muhyiddin Yassin) dan Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) bertindak jatuhkan kerajaan PH.

“Tun dimarahi dan ditegur berkali-kali mengenainya, oleh ramai, pimpinan PH dan juga oleh netizen.”

BACA > Kesilapan sistem – 101 warga Singapura di luar negara tidak dapat mengundi — Suara Merdeka

Demikian ciap Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad dalam Twitternya.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mengingatkan bahawa Muhyiddn dan Mohamed Azmin sebagai pengkhianat sebenar.

“Namun harap sentiasa ingat, MY dan Azmin pengkhianat sebenar..,” katanya.

Terdahulu, Dr. Mahathir meletakkan jawatan menyebabkan kabinet dan kerajaan PH terbubar.

Insiden politik itu berlaku susulan pertemuan pemimpin politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, UMNO dan Pas.

Susulan pertemuan itu juga menyaksikan Bersatu akhirnya keluar daripada PH dan bekas Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin dipecat daripada parti.

Turut dipecat ketika itu adalah bekas Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

BACA > Bayi tiga bulan antara empat dikesan dijangkiti polio di Sabah, Labuan — Suara Merdeka

Bagaimanapun sbelum itu, dalam ciapan berbeza, Khalid mendakwa tindakan PN yang membentuk kerajaan ketika itu hanyalah satu lawak.

“Jatuhnya kerajaan PH. Naratif PN. Kerajaan PH jatuh oleh PH sendiri bila Tun letak jawatan.

“Dalam keadaan tiada kerajaan maka MY dan Azmin ‘terpaksa’ wujudkan PN untuk ambil alih.

“Oleh itu MY, Azmin & PN selamatkan negara. Mereka ‘hero’ bukan ‘pengkhianat’. Lawak dari PN,” ujarnya.

Beliau juga menuduh PN sengaja menyalahkan Dr. Mahathir yang mengakibatkan kerajaan PH jatuh.

“Naratif PH. Kerajaan jatuh bila MY dan Azmin khianat PH dan lompat bersama 20 lebih MP. PH hilang majoriti.

“Tun terpaksa letak jawatan bila hilang majoriti. Kalau Tun tak letak jawatan sekalipun, kerajaan PH tetap akan jatuh kerana hilang majoriti bila MY dan Azmin lompat.

“Naratif PN terbukti palsu. Bertujuan menyalahkan Tun dan PH sambil gambarkan MY dan Azmin sebagai penyelamat Negara.

“Naratif PH tepat dan benar. Ramai PM (Perdana Menteri) BN letak jawatan sebelum ini, kerajaan BN tak jatuh pun. Tak ada yang lompat, tak hilang majoriti.

BACA > UMNO, Pas bertemu bentuk jawatankuasa Muafakat Nasional peringkat negeri — Suara Merdeka

“MY dan Azmin pengkhianat..,” luahnya tidak puas hati. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button