SEORANG lelaki ditemukan rentung selepas rumahnya di Lorong 6, Kampung Seri Puchong, Puchong, terbakar awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 2.30 pagi.
“Sepasukan anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Cyberjaya dan BBP Seksyen 7 dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, kami dapati sebuah rumah di atas tanah lot terbakar dan operasi pemadaman segera digerakkan sebelum api berjaya dikawal pada pukul 3.11 pagi,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Beliau berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditemukan rentung dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – SM
BACA Rugi RM3 juta,10,000 pakaian hangus dalam kebakaran
BACA Tujuh kilang musnah dalam kebakaran di Cheras