Luar Negara

Lelaki pecah record jalan atas tali lintasi dua belon udara

SEORANG pelagak ngeri di Brazil telah memecahkan Guinnes World Records selepas berjaya berjalan di atas kabel yang menghubungkan dua belon udara panas pada ketinggian lebih satu batu dari tanah.

Rafael Zugno Bridi, 34, melakukan aksi ngeri tersebut di bandar Praia Grande dengan hanya berkaki ayam pada ketinggian 1,868 meter di udara.

Bridi berkata, dia melakukan aksi tersebut kerana ingin merasai sensasi terapung di udara.

“Saya seorang yang suka pada cabaran dan suka melakukan perkara yang berbahaya.

“Saya suka mencabar rekod yang sukar ditandingi,” katanya.

Related Articles

Jelasnya, untuk melakukan aksi bahaya perlu memberi perhatian sepenuhnya untuk memastikan semua prosedur dipatuhi secara terperinci kerana kesilapan kecil boleh membawa bahaya.

‘Oleh itu, semua orang perlu tenang dan yakin supaya saya tidak gementar untuk berjalan atas tali tersebut.

“Kegembiraan yang tidak dapat digambarkan apabila saya berjaya berjalan di atas awan setinggi ratusan meter,” katanya.

Menurut Bridi, untuk melakukan aksi tersebut memerlukan persiapan dari segi latihan dan keselamatan selama bertahun-tahun.

“Saya tidak mengabaikan aspek keselamatan. Saya telah menyediakan peralatan terbaik, pasukan terbaik dan pengetahuan terkini sebelum melakukan aksi bahaya,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button