Luar Negara

Lelaki hanya senyum selepas kerat badan orang kurang siuman di tepi jalan

SATU kejadian di Indonesia seorang pemuda dilihat hanya tersenyum di hadapan polis selepas kerat badan seorang mangsa yang merupakan lelaki di tepi jalan.

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan dua lelaki kurang siuman sedang berjalan dimana salah seorang daripada mereka (suspek) menarik tali yang diikat pada tangan seorang lagi individu (mangsa).

 

Namun tidak lama selepas itu, suspek yang dikenali sebagai Erus, 23, membawa mangsa ke tepi jalan dan mula melakukan perbuatan kejamnya itu.

Menerusi video tersebut, kelihatan tubuh badan mangsa berterabur di tepi jalan setelah dikerat kepada beberapa bahagian.

Miss Tweet | on X: “⚠️Trigger Warning⚠️ ODGJ Mut*lasi Sesama ODGJ Seseorang yang diduga ODGJ melakukan aksi pembun*nh4n dengan mutil*si di pinggir jalan raya (30/06/24)  Kp. Bantarlimus Desa Sancang Kec. Cibalong , Garut https://t.co/4nFQm6Z6Pj” / X

Suspek turut menyimpan sebahagian anggota badan mangsa termasuk kaki dan tangan ke dalam guni sebelum membawanya mengelilingi kampung.

 

Salah seorang penduduk kampung mendakwa melihat kejadian itu dan pada awalnya dia menyangka suspek memotong daging ayam, rupa-rupanya itu adalah daging manusia.

 

‘’Terkejut Ya Allah, daging manusia. Ada kepalanya. Lepas tu saya terus lari’’.

Difahamkan, suspek dilihat tersenyum setelah ditahan polis. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan suspek telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan mental.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button