NasionalNegeri

Lelaki berjalan mundar mandir dalam keadaan badannya terbakar

MENGERIKAN! Seorang lelaki yang terbabit dalam kemalangan jalan raya malam tadi di jambatan Kampung Syed Omar, Bintong, Kangar, Perlis dengan selambanya berjalan mundar mandir dalam keadaan hampir seluruh badannya terbakar.

Mangsa dibawa ke HTF untuk rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Dia bagaimanapun berjaya keluar dari keretanya yang marak dijilat api di jambatan Kampung Syed Omar pada pukul 9.40 malam tadi.

SUARA MERDEKA difahamkan, punca kejadian, mangsa dikatakan cuba membunuh diri  dan cubaan itu telah beberapa kali cuba dilakukan mangsa sebelum itu.

Video kejadian tersebut yang dirakam semasa kejadian juga tular di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi  dalam kalangan netizen.

Ketua Polis Kangar,  Superitendan Wari Kiew berkata, lelaki berusia 28 tahun berbangsa Cina itu kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Beliau berkata, keterangan bapa mengesahkan mangsa adalah pesakit psiakitri yang masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan Psiakitri di HTF.

“Mangsa dikatakan pernah beberapa kali melakukan cubaan membunuh diri,” kata Wari.

Katanya lagi, dalam kejadian pertama pada Januari lalu di mana mangsa pernah mengelar kedua-dua belah tangannya namun berjaya diselamatkan oleh keluarga.

BEGINILAH keadaan kereta mangsa yang apinya berjaya dipadamkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat.

Tambah beliau, kejadian kedua berlaku pada 15 Februari lalu di mana mangsa dikatakan cuba makan racun tikus semasa berada dalam tandas di rumahnya.

“Bapa mangsa juga memaklumkan pada lebih kurang pukul 8.45 malam, 16 Februari lalu, mangsa memberitahunya telah terminum petrol,” ujarnya.

Wari berkata, mangsa kemudiannya keluar rumah dengan membawa botol berisi petrol yang diambil daripada motorsikal sebelum menaiki kereta jenis Perodua Axia warna biru.

Mangsa juga memberitahu ibunya, dia hendak ke Kaki Bukit untuk mesin rumput di rumah datuknya, kata Wari.

“Bapa mangsa bagaimanapun berasa curiga dan terus ke balai polis untuk membuat laporan kerana percaya anaknya cuba membunuh diri,” jelasnya.

Wari berkata, sebaik bapa mangsa tiba di Balai Polis Kangar, polis memaklumkan telah menjumpai sebuah kereta dalam keadaan terbakar di atas jambatan Kampung Syed Omar.

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadam api pada kereta mangsa.

“Bapa mangsa telah pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan kereta yang terbakar adalah milik anaknya,” katanya.

Punca mangsa cuba membunuh diri dipercayai kecewa dengan tindakan bekas teman wanitanya yang sudah mempunyai kekasih baru, kata Wari.

Kes disiasat mengikut Seksyen  309 Kanun Keseksaan (KK) kerana percubaan membunuh diri. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button