Luar Negara

Lelaki bakar al-Quran ditembak mati ketika strim langsung

STOCKHOLM – Seorang pelarian Iraq dan aktivis anti-Islam ditembak mati di Sweden, beberapa jam sebelum dia menerima keputusan mahkamah susulan perbicaraan kes membakar al-Quran.

Susulan insiden itu, lima suspek ditahan polis, lapor Arab News. Salwan Momika, 38, ditembak di sebuah rumah di bandar Sodertalje dekat Stockholm.

Salwan mencetuskan kemarahan masyarakat Islam global selepas tindakannya membakar salinan Al-Quran dalam demonstrasi awam pada 2023.

Mahkamah Stockholm sepatutnya menjatuhkan hukuman kepada Salwan dan seorang lagi lelaki pada hari Khamis dalam perbicaraan jenayah atas ‘kesalahan pergolakan terhadap kumpulan etnik atau kebangsaan’.

Namun, pengumuman keputusan itu telah ditangguhkan. Media Sweden melaporkan bahawa Salwan sedang menstrim secara langsung di TikTok pada masa dia ditembak.

Video yang dilihat oleh Reuters menunjukkan polis mengambil telefon dan menamatkan strim langsung daripada akaun TikTok milik Salwan.

Pada tahun 2023, kerajaan Sweden menaikkan amaran keganasannya ke tahap kedua tertinggi serta memberi amaran tentang ancaman terhadap negara itu dari dalam dan luar negara selepas insiden pembakaran al-Quran.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button