Nasional

Lebuh raya tidak ditutup, tetapi terhad untuk kenderaan dibenarkan sahaja

MESEJ yang tular di media sosial kononya semua lebuh raya akan ditutup tidak benar sema sekali.

Sebaliknya pihak polis hanya akan mengetatkan kawalan di semua lebuh raya bagi memastikan orang ramai mematuhu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari sehingga 31 Mac ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias.

Sepanjang tempoh pelaksanaan perintah itu, hanya kenderaan daripada perkhidmatan yang perlu sahaja dibenarkan menggunakan lebuh raya.

“Kenderaan lain yang tidak berkaitan tidak akan dibenarkan menggunakan lebuh raya dan diarah berpatah balik atau menggunakan jalan lain,” katanya kepada Bernama.

Related Articles

Azisman turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berada di dalam rumah sepanjang tempoh PKP.

“Kenderaan yang tidak berkaitan diminta untuk tidak menggunakan lebuh raya,” katanya.

Hari ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa semua lebuh raya di bawah kendaliannya tetap beroperasi sepanjang tempoh PKP memandangkan ia adalah laluan kritikal dalam negara.

Terdahulu, mesej bahawa beberapa laluan di lebuh raya telah ditutup kepada lalu lintas tular di media sosial diiringi rakaman video berdurasi 21 saat memaparkan kenderaan yang menggunakan Plaza Tol Duta diarah berpatah balik oleh anggota bertugas. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button