NegeriRencah Hidup

Lebuh Raya Bukit Kukus dipantau peronda

Ramai berhenti di lorong kecemasan rakam gambar

LEBUH Raya Bukit Kukus di Pulau Pinang menjadi tarikan ramai apabila lebuh raya yang dikatakan tertinggi di negara ini iaitu 60 meter melebihi ketinggian Rawang Bypass, 58.2 meter dibuka secara rasmi pada 13 Januari lalu.

Kawasan di lebuh raya tersebut memang mempunyai panorama yang cantik dan menarik. Jadi ia mencuri tumpuan orang ramai yang merakam foto di sepanjang lebuh raya itu.

Walau cantik macam mana sekalipun pemandangan di kawasan lebuh raya berkenaan, ia menjadi tidak cantik apabila orang ramai yang  tidak mempunyai kesedaran sivik, mengundang bahaya tanpa mereka sedari.

Perbuatan menghentikan kenderaan di lorong kecemasan di lebuh raya berkenaan kerana mereka mahu merakamkan gambar, tidak sepatutnya dilakukan oleh pengguna lebuh raya itu.

Perbuatan begini terpaksa dibendung dan dicegah segera oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan kawalan ketat oleh peronda PBT.

Jika tindakan tegas tidak diambil dengan meminta orang ramai yang berhenti di lorong kecemasan di lebuh raya ini beredar, perbuatan meletak kenderaan di tepi jalan dan lorong kecemasan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Sebagai pengguna lebuh raya yang bertamadun, mereka sepatutnya bijak dengan tidak menghentikan kenderaan untuk merakam gambar.

Jangan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Jangan jadi umpama kata-kata ‘kecik-kecik tak nak m&%#os, dah besar menyusahkan orang.’

Pihak peronda PBT boleh menggunakan budi bicara dengan mengeluarkan ‘surat cinta’ (saman) terhadap mereka yang berdegil dan tidak mendengar nasihat.

Jangan jadikan Lebuh Raya Bukit Kukus, Pulau Pinang yang dibina pada kos RM545.6 juta, menghubungkan tiga laluan utama dari Paya Terubong-Bukit Jambul dan Balik Pulau-Jalan Tun Sardon sebagai lebuh raya berdarah! – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button