NasionalPolitik

Lebih 3 juta akar umbi UMNO sokong Kerajaan Perpaduan kerana Zahid Hamidi

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan keupayaan beliau sebagai Presiden dalam memastikan UMNO dan BN terus ‘survive’ dalam arena politik Malaysia.

Keupayaan beliau memastikan semua ahli Parlimen UMNO / BN turunkan tanda tangan lebih awal menyokong semua keputusan beliau sebagai Presiden tersangatlah bijak.

Hal ini demikian kerana Datuk Seri Najib Razak juga gagal berbuat demikian biar pun menjadi Presiden buat beberapa penggal dan perkara ini disokong lebih 3 juta akar umbi UMNO.

Mana tidaknya, pada Mac lalu, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan dengan bangga mengumumkan kepada media UMNO memiliki keahlian kira-kira 3.35 juta orang.

Maka disebabkan permainan UMNO kini adalah berasaskan ‘apa yang Presiden makan, itulah yang akan dimakan akar umbi UMNO’, Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim takkan goyah.

Keberadaan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri bukanlah terhasil daripada tawaran Anwar sekiranya beliau naik sebagai Perdana Menteri.

Tetapi atas rezeki kurniaan dan pengalaman terlibat dalam politik berpuluh-puluh tahun, takdir pun tidak dapat menafikan Zahid selayaknya menjadi TPM untuk bersama-sama gurunya.

Zahid juga berjaya memainkan peranannya yang cukup baik sebagai penggerak reformasi dengan membawa sejumlah besar akar umbi daripada parti politik terbesar negara.

Berkat beratur dan turun mengundi, Alhamdulillah lebih 3 juta keahlian dalam UMNO sedia terima DAP sebagai rakan sekutu baharu dengan ‘restu jabat tangan’ tanpa bantahan atas saranan YDPA.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button