Nasionalpilihan

Lebih 1.8 juta umat Islam seluruh dunia tunai ibadat haji tahun ini

Sebanyak 1,833,164 umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadat haji tahun ini, menurut Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi.
Memetik laporan BERNAMA, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan kepada media di sini, daripada jumlah itu sebanyak 958,137 jemaah terdiri daripada lelaki manakala 875,027 adalah jemaah wanita.
Pihak berkuasa berkenaan memaklumkan jumlah jemaah haji luar ialah sebanyak 1,611,310 manakala jemaah tempatan 221,854 orang.
“Peratusan jemaah haji dari Asia tidak termasuk negara Arab mewakili 63.3 peratus, negara Arab (22.3 peratus), negara Afrika (11.3 peratus), dan Eropah, Amerika Utara dan Selatan serta Australia (3.2 peratus),” menurut pihak berkuasa itu.
Statistik itu menunjukkan jumlah ketibaan jemaah haji tertinggi adalah melalui lapangan terbang dengan 1,546,345 orang diikuti darat (60,251) dan pelabuhan (4,714).
Dalam pada itu, jumlah jemaah haji yang mendapat manfaat daripada Inisiatif Laluan Mekah pada musim haji tahun ini ialah sebanyak 322,901 orang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button