Nasional

Lawatan ke Paris tingkatkan hubungan dua hala, Zambry

MENTERI Luar, Datuk Seri Zambry Abdul akan mengadakan lawatan sulungnya ke Paris, Perancis bagi membincangkan isu menangani islamofobia.

“Saya juga akan bertemu dengan Chems-Eddine Hafiz untuk membincangkan serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu utama, termasuk usaha untuk menangani Islamofobia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya, Menteri Eropah dan Hal Ehwal Luar Perancis, Catherine Colonna.

“Antara perkara yang akan dibincangkan adalah mengenai kerjasama dua hala sedia ada serta hal-hal serantau dan antarabangsa untuk kepentingan bersama,” tambahnya.

Menurut Zambry, lawatan itu akan meningkatkan lagi hubungan dua hala yang telah memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, seperti yang dilaksanakan menerusi kerjasama sedia ada dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pertukaran teknologi.

Selain itu, beliau akan turut mengadakan sesi libat urus bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Audrey Azoulay, French Institute of International Relations (IFRI) dan senat Perancis di Paris. -SM

Baca juga : Malaysia hargai kepercayaan yang diberikan Arab Saudi, Zambry

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button