Nasional

Latheefa mahu buka kes lama ada kaitan orang berpengaruh

KUALA LUMPUR –  Fail lama kes rasuah berkaitan orang berpengarah akan dibuka semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, antara kes yang akan dibuka adalah kes yang berkaitan Sarawak atau pembunuhan bekas pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock.

Menurut Latheefa begitu banyak fail siasatan di SPRM dan ada yang telah ditutup sedangkan terdapat kes.

Latheefa menjelaskan beliau telah menerima memorandum yang menyatakan fail-fail lama tersebut ‘mungkin ada kaitan dengan orang yang sangat berpengaruh’.

“Begitu banyak fail. Saya dimaklumkan ada yang sudah ditutup.

“Saya tidak pasti kenapa fail ini ditutup sedangkan mereka beritahu saya masih ada kes,” kata Latheefa selepas menghadiri sebuah forum anjuran Transparency International Malaysia dan Inisiatif Pembaharuan Malaysia (MARI) hari ini.

Sementara itu, Latheefa berkata, beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap pegawainya kerana perlu tahu alasan fail itu ditutup terlebih dahulu.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button