Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara.
Kata Perdana Menteri, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen bertukar parti tidak terpakai kepada Ahli Dewan Negara.