Luar Negara
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ‘tenggelam’
BANJIR kilat yang melanda rantau teluk menyebab Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ‘ditenggelami’ air memaksa beratus-ratus penerbangan dibatalkan.
Jurucakap lapangan terbang tersibuk di dunia itu berkata, kejadian ribut luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan sebanyak 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk telah dibatalkan.
Bencana banjir ini merupakan yang terburuk menimpa Dubai sejak 1999.
Selain Dubai, kawasan-kawasan lain di Emeriah Arab Bersatu turut terjejas ekoran situasi buruk itu.
Beberapa daerah di UEA dilaporkan mendapat curahan air hujan lebih dari 80 milimeter kurang 24 jam sampai pukul 8 pagi hari Selasa.