Nasional

Laluan sepanjang KM77-KM78 arah timur KLK dibuka

LALUAN di sepanjang KM77 hingga KM78 arah timur Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dibuka semula kepada pengguna lebuhraya.

Sejak pukul 3 pagi tadi, semua kerja-kerja pembersihan dan pembaikan di sepanjang laluan yang terjejas akibat banjir itu selesai.

ANIH Berhad dalam satu kenyataannya memaklumkan, pengguna lebuh raya yang ingin ke pekan Karak tidak perlu membuat pusingan ‘U’ sebelum Plaza Tol Karak.

Mereka boleh meneruskan perjalanan seperti biasa untuk sampai ke destinasi masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, pengguna yang menghala ke Kuala Lumpur dari Karak masih perlu melakukan pusingan ‘U’ di Plaza Tol Karak.

“Pada masa ini, lorong kiri dan kanan menghala ke Kuala Lumpur dari KM66 hingga KM70 sudah dibuka sepenuhnya.

“Namun pengguna lebuh raya dinasihatkan mematuhi papan tanda arah keselamatan apabila menghampiri lorong kontra bermula dari Sungai Dua di KM74.8 hingga KM77.3 untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua”, katanya.

Sebelum ini, ANIH Berhad memaklumkan laluan yang ditutup akibat banjir masih belum dibuka terutamanya di KM76 hingga KM126 Lanchang-Temerloh di LPT1 dan KM71 KL-Karak yang ditutup di kedua-dua arah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button