BanjirNasional

Laluan Karak-Temerloh masih ditutup di kedua-dua arah (KM76-KM126)

PIHAK LLM info trafik membuat kemaskini laluan terhalang Lebuhraya KL-Karak dan LPT1 setakat pagi ini.

Berdasarkan maklumat dan status terkini banjir di lebuhraya di bawah Pejabat Wilayah Timur, LPT1 adalah seperti berikut:
KM198: (Srijaya-Gambang)
Air mulai surut dan kenderaan dibenarkan lalu di kedua-dua arah. Semua laluan telah dibuka.

KM114.8 (Lanchang-Temerloh)
Air melimpah ke jalan, trend menaik. Semua kenderaan masih boleh lalu.

KM113 (Lanchang-Temerloh)
Banjir melibatkan semua lorong, dari kedua-dua arah.

KM84.6 (Lanchang-Karak)
Banjir melibatkan semua lorong di kedua-dua arah

Untuk makluman semua, laluan Karak-Temerloh masih ditutup di kedua-dua arah (KM76-KM126).

Lokasi berjaga-jaga KM124 (Temerloh-Chemor). Hati-hati di jalan raya dan sekiranya anda memandu ke arah pantai timur. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button