AgamaJenayahNasionalpilihan

Lagi kes hina Islam dan Nabi di media sosial, pelaku ditahan Polis

POLIS menahan seorang lelaki yang didakwa mempersenda dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW melalui hantaran video di media sosial, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek ditahan ketika serbuan dilakukan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang, pada jam 11.30 pagi tadi.

“Serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan pada 9.15 pagi tadi berhubung seorang individu yang menghina agama Islam melalui satu klip video.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku memuat naik video yang menyebut perkataan penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Artikel berkaitan > Mufti P. Pinang mahu undang-undang diperketat, bendung hina agama

“Ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis methaphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada hari esok. Terdahulu tular satu video berdurasi 4 minit 13 saat itu, memaparkan seorang lelaki meludah sambil menghina Islam dan Nabi Muhammad dengan kata-kata yang kesat.

Dalam pada itu, dia juga seolah-olah mencabar, dan turut menjemput mana-mana orang untuk berjumpa denganya.

Artikel berkaitan > Para Ulama Telah Fatwakan Sekian Lama, Ini Hukuman Ke Atas Penghina Nabi SAW!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button