HiburanLuar Negara

Lagenda Reggae, Bunny Wailer Meninggal Dunia pada usia 73 tahun

Seluruh dunia dikhabarkan dengan satu perkhabaran sedih tentang kematian lagenda reggae, Bunny Wailer pada 2 Mac, semalam.

Genre muzik reggae sudah lama terpahat dalam hati ramai orang sejak awal kemunculannya lewat tahun 1960-an.

Nama Bob Marley sering meniti di bibir para peminat muzik reggae.

Begitu juga dengan rakan seperjuangannya, Bunny Wailer yang juga merupakan ahli kumpulan The Wailers.

Bunny Wailer telah menubuhkan kumpulan The Wailers bersama dengan Bob Marley serta Peter Tosh pada tahun 1963.

Related Articles

Bunny Wailer dilahirkan di Kingston, Jamaica pada 10 April 1947.

Setelah tertubuhnya The Wailers, mereka mencapai kemasyhuran antarabangsa dengan klasik reggae seperti Simmer Down dan Stir It Up, sebelum Wailer menjadi penyanyi solo pada tahun 1974.

Dia telah memenangi tiga Grammy dan diberi Order of Merit Jamaica pada tahun 2017.

Kematiannyanya disahkan oleh pengurusnya sendiri, Maxine Stowe dan Menteri Kebudayaan Jamaica, Olivia Grange.

Punca kematian adalah tidak diketahui tetapi dia sudahpun berada di hospital sebelumnya kerana mengalami strok pada Julai 2020.

Penghormatan diberikan bagi Bunny Wailers oleh peminat serta rakan-rakan pemuzik lain yang menggambarkannya sebagai seorang lagenda.

“Oh man, god bless Bunny Wailer,” tulis pemain bass Red Hot Chili Peppers, Flea.

Andrew Holness, perdana menteri Jamaica turut memberi penghormatan, menyebut kematiannya sebagai “kerugian besar bagi Jamaica dan reggae”.

Bunny Wailer atau nama sebenarnya Neville O’Riley Livingston merupakan anggota terakhir The Wailers yang masih hidup.

Bob Marley meninggal dunia pada tahun 1981 akibat penyakit kanser dan Peter Tosh dibunuh semasa rompakan pada tahun 1987.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button