Hiburan

KWC terbitkan drama mini TikTok ‘CEO Bertukar Menjadi Puteri'”

KWC Fashion Wholesale terus berinovasi dengan melancarkan drama mini pertama di TikTok yang berjudul “CEO Bertukar Menjadi Puteri”.

Drama ini menggabungkan elemen humor, fantasi, dan fesyen, membawa kisah yang pastinya memikat hati penonton dari pelbagai lapisan masyarakat.

Sebagai acara pembukaan rasmi, KWC mengadakan “Majlis Pra-Pelancaran KWC TikTok Mini Drama: CEO Bertukar Menjadi Puteri” pada hari Sabtu, 30 November 2024, bermula jam 12 tengahari di Centre Court, Lower Ground Floor, KWC Fashion Wholesale. Majlis ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, termasuk pratonton eksklusif episod pertama hingga ketiga serta sesi ramah mesra dengan pelakon utama.

Dengan perkembangan pesat platform TikTok sebagai medium kreatif dan hiburan, KWC memilih pendekatan ini untuk lebih mendekati generasi muda serta menambah elemen hiburan dalam jenama KWC Fashion Wholesale. Drama ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut menonjolkan identiti KWC sebagai destinasi fesyen borong yang lengkap dan relevan dengan trend semasa.

“CEO Bertukar Menjadi Puteri” mengisahkan Haris, seorang CEO berjaya, dan Erina, seorang pereka fesyen muda yang terkenal. Dalam satu kejadian luar biasa, mereka bertukar badan dan terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan baru yang penuh cabaran. Drama ini menyampaikan mesej tentang erti cinta dari perspektif berbeza, dengan membawa elemen humor, percintaan, dan drama emosi yang pasti menghiburkan penonton. Drama ini disiarkan di akaun TikTok rasmi KWC, @kwcfashionwholesale, dengan 20 episod yang akan berterusan sehingga 22 Disember 2024.

Peraduan “Stitch” & Lakonkan Semula Drama “CEO Bertukar Menjadi Puteri”

Sempena pelancaran drama ini, KWC juga menganjurkan peraduan TikTok yang bertujuan untuk mencetuskan kreativiti pengunjung. Peserta perlu memilih mana-mana episod dari drama mini “CEO Bertukar Menjadi Puteri” yang dimuat naik di akaun TikTok rasmi KWC dan melakonkan semula adegan tersebut atau menggunakan fungsi ‘stitch’ untuk menghasilkan video kreatif berdurasi minimum 20 saat. Peraduan ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menonjolkan bakat lakonan serta kreativiti mereka, dengan peluang memenangi hadiah menarik. Lima pemenang bertuah akan memenangi baucar tunai RM50 setiap minggu untuk pembelian di KWC Fashion Wholesale, manakala ‘Grand Winner’ dengan jumlah tontonan tertinggi akan menerima baucar tunai bernilai RM500. Peraduan ini berlangsung sehingga 30 Disember 2024.

Raikan Krismas di KWC Bertemakan “Christmas in Paris”

Disember di KWC semakin meriah dengan pelbagai aktiviti menarik, baik di dunia maya mahupun secara fizikal di KWC Fashion Wholesale. Selain menonton drama mini “CEO Bertukar Menjadi Puteri” di TikTok @kwcfashionwholesale, KWC juga menyemarakkan suasana Krismas dengan tema istimewa “Christmas in Paris”. Pengunjung berpeluang menikmati dekorasi bertemakan kota Paris yang elegan serta menyertai pelbagai aktiviti menarik, termasuk kempen ‘Belanja & Tebus’ yang dinantikan ramai.

Pengunjung yang berbelanja RM1,000 (gabungan 2 resit) berpeluang menebus beg jut Krismas eksklusif KWC, sementara pembelian RM600 (gabungan 3 resit) membolehkan pengunjung membawa pulang kalendar eksklusif KWC 2025. Selain itu, terdapat pertandingan kostum bertemakan “Little Bridgerton Fantasy in Paris”, persembahan tarian, sesi mesra bersama Santa, dan bengkel kanak-kanak yang diadakan setiap hujung minggu. Acara ini berlangsung dari 30 November hingga 25 Disember 2024, menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dan menyeronokkan.

Mengenai KWC Fashion Wholesale

KWC Fashion Wholesale adalah pusat membeli-belah fesyen borong terbesar di Malaysia, menawarkan koleksi fesyen, aksesori, kasut, hadiah, dan barangan keperluan lain di bawah satu bumbung. Dibuka pada 20 Oktober 2011 dan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mei 2012, KWC Fashion Wholesale memiliki lebih 800 lot perniagaan dengan 500,000 kaki persegi ruang niaga. Walaupun berfokuskan perniagaan borong, KWC juga dilengkapi dengan kemudahan seperti perbankan, restoran, dewan acara, dan pelbagai perkhidmatan perniagaan lain.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button