NasionalNegeriPendidikan

Kurikulum pengajian sekolah agama perlu selari Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar kenangan dengan hadirin sempena Pelancaran Garis Panduan Penubuhan Dan Pendaftaran Sekolah Islam Negeri Perlis Dan Buku Laporan Prestasi Tahfiz Tahun 2024 di Hotel Seri Malaysia, Kangar.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya pengusaha, pentadbir dan guru-guru Sekolah Islam di negeri ini bertanggungjawab bagi memastikan penggunaan kurikulum pengajian Islam berasaskan sumber yang sahih serta selari dengan undang-undang tubuh negeri ini yang mengamalkan Ahlul Sunah Wal Jamaah yang berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

“Kita seharusnya berbangga dengan identiti negeri ini dan berusaha memperkukuhkannya sehingga ia menjadi penanda aras yang tinggi untuk dicontohi oleh pihak luar,” titah Baginda lagi.

Demikian titah Raja Muda Perlis ketika berkenan berangkat merasmikan Majlis Pelancaran Garis Panduan Penubuhan Dan Pendaftaran Sekolah Islam Negeri Perlis Dan Buku Laporan Prestasi Tahfiz Tahun 2024 di Hotel Seri Malaysia, Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah ketika berangkat pada majlis Pelancaran Garis Panduan Penubuhan Dan Pendaftaran Sekolah Islam Negeri Perlis Dan Buku Laporan Prestasi Tahfiz Tahun 2024 di Hotel Seri Malaysia, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Muhammad Hafeez Abu Seman serta para pegawai kanan JAIPs.

Hadir sama Exco Kerajaan Negeri, Muhammad Azmir Azizan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) yang memainkan peranan sebagai pelaksana kepada dasar-dasar agama yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, JAIPs hendaklah memastikan setiap Sekolah Islam dipastikan berdaftar di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah Islam agar pemantauan terhadap kebajikan guru dan murid di negeri ini dapat dilaksanakan.

Raja Muda bertitah, penubuhan Sekolah Islam mestilah menjadi paksi yang menyokong dasar-dasar pendidikan Islam sedia ada di negara dan negeri ini serta menyasarkan sifar Sekolah Islam yang tidak mendaftar menjelang tahun 2030.

Sebahagian dari tetamu khas pada Pelancaran Garis Panduan Penubuhan Dan Pendaftaran Sekolah Islam Negeri Perlis Dan Buku Laporan Prestasi Tahfiz Tahun 2024 di Hotel Seri Malaysia, Kangar.

Untuk rekod, di Perlis terdapat 33 buah Sekolah Agama dan Institusi Pendidikan Islam yang berdaftar di bawah JAIPs selaku Agensi yang dilantik oleh MAIPs di bawah peruntukan seksyen 3 Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Islam Perlis.

Institusi berkenaan terdiri daripada 5 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 7 Sekolah Agama Rakyat, 17 Maahad Tahfiz, dan 3 Pondok. – SM

BACA PKPP : Sekolah Agama Perlis patuh SOP KPM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button