Hiburan

Kumpulan terkenal dari Jepun rambut pendek bakal adakan konsert di Malaysia

DIKENALI sebagai kumpulan dengan seragam sekolah misteri dan rambut pendek, kumpulan tarian dari Jepun iaitu Avant gardey dengan bangganya mengumumkan bakal mengadakan persembahan debut mereka secara langsung di Malaysia dalam jelajah Asia yang paling dinantikan ramai.

Dianjurkan oleh 43 dan Sum Supreme Media (HK), dengan Westec Media selaku Penganjur Bersama, Jelajah
Asia Avantgardey di Malaysia bakal berlangsung pada 22 Disember, pukul 8 malam di ZEPP Kuala Lumpur.

Kumpulan tarian wanita yang sangat popular dari Osaka, Jepun ini terdiri daripada 17 penari yang sangat mahir
dan ekspresif sehinga menggemparkan dunia.

Persembahan mereka di America’s Got Talent telah viral sehingga
mendapat pengikut antarabangsa yang ramai dan pengiktirafan daripada Vogue Japan sebagai bintang baru pada
tahun 2023.

Pencapaian ini mengukuhkan status Avantgardey sebagai kuasa besar dalam dunia tarian.
Avantgardey akan melakukan persembahan selama 80 minit.

Mereka bakal menunjukkan kreativiti dan ekspresi
yang luar biasa kali ini di samping terdapat gabungan visual yang menakjubkan. Ini juga merupakan peluang
buat penonton di Malaysia menyaksikan bakat mereka secara langsung.

Penganjur menawarkan Pakej Meet & Greet yang berharga RM880, termasuk satu tempat CAT 1 di lima baris pertama, akses ke Sesi Hi-Wave, Polaroid Bertandatangan dan Gambar Kumpulan 1:1 dengan ahli.

Dapatkan pakej ini bermula pada 17 September sehingga 19 September 2024.

Sekadar info, jualan tiket umum akan bermula pada 22 September 2024 melalui Ticketmelon di

https://www.ticketmelon.com/43/avantgardeyasiatourmy. Pemegang tiket berpeluang untuk memenangi faedah
peminat.
Sesiapa yang melebihi ketinggian 80cm perlu membeli tiket untuk kemasukan.
Harga tiket adalah seperti berikut:
 RM680 (VIP Box Pass)
 RM480 (Tempat Premium – Duduk)
 RM480 (CAT 1 – Duduk)
 RM380 (CAT 2 – Duduk)
 RM280 (CAT 3 – Berdiri Bebas).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button