Luar Negara

Kumpulan pertama rakyat Thai selamat tiba dari Ukraine

TIMBALAN Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Konsular Kementerian Luar Thailand, Chaturon Chaiyakam berkata, kumpulan pertama rakyat Thai telah selamat tiba dari Ukraine semalam.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan rakyat Thai yang dipindahkan dari Ukrainie yang dilanda konflik ialah seramai 96 orang.

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 38 orang itu berlepas dari Bucharest, Romania dan tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada pukul 6.25 pagi (waktu tempatan) semalam.

“Seramai 58 lagi warga Thailand berlepas dari Warsaw, Poland dan tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 12.05 tengah hari (waktu tempatan),” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Lapangan Terbang Thailand untuk Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Kittipong Kittikachorn berkata, proses pemindahan itu diselaraskan oleh Pusat Operasi Kecemasan Covid-19 lapangan terbang dengan syarikat penerbangan, Kementerian Luar dan bahagian kawalan penyakit berjangkit antarabangsa, Biro Imigresen dan Pejabat Kastam bagi memastikan kelancarannya.

“Semua yang dipindahkan mesti mematuhi langkah pencegahan Covid-19. Mereka dijadualkan menjalani kuarantin di pangkalan Tentera Laut Diraja Thai Sattahip,” katanya.

Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha menggesa Kementerian Luar dan agensi berkaitan mempercepatkan pemindahan warga Thai dari negara yang dilanda perang itu. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button