Nasional

Beri ruang pihak berkuasa siasat kes salah guna logo halal

PUTRAJAYA – Semua pihak perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung penyalahgunaan logo halal membabitkan produk sandwic di salah satu premis rangkaian kedai runcit.

Tegas Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, segala proses siasatan perlu mengikut proses yang sepatutnya.

“Jangan ganggu siasatan, jangan beri tekanan dan jangan buat spekulasi.

“Biarkan siasatan mengenai produk sandwic ini dilakukan mengikut undang-undang,” katanya menerusi sidang akhbar selepas menyampaikan perutusan hala tuju kementerian bagi tahun 2025, di sini pada Isnin.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button