Politik

Kuil diroboh: PN mungkin lebih buruk kerana kurang wakil bukan Melayu

TIMBALAN Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy mendakwa Perikatan Nasional mungkin lebih buruk berbanding Barisan Nasional. Ini kerana menurut beliau, kurangnya wakil bukan Melayu dalam gabungan tersebut.

Ramasamy membuat andaian tersebut berikutan terdapat dakwaan sebuah kuil di Taiping telah dirobohkan.

Beliau mendakwa kuil Sri Maha Mariamman  yang terletak dalam halaman Kemta Komunting itu dirobohkan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ini mungkin merupakan kuil Hindu pertama yang dirobohkan setelah pemerintah PN berkuasa pada Mac 2020.

“Sesiapa yang mengatakan bahawa pemusnahan kuil adalah perkara lampau atau berlaku semasa zaman BN.

“PN mungkin tidak terlalu berbeza dengan BN, malah mungkin terburuk memandangkan hanya ada sedikit perwakilan bukan Melayu dalam gabungan itu,” kata Ramasamy menerusi Facebook beliau hari ini.

wakil

Menurutnya, ketidakadilan secara terang-terangan kepada orang bukan Melayu atau bukan Islam bukanlah sesuatu yang enak dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai agama dan etnik.

Ramasamy berkata, beliau difahamkan kuil tersebut telah dimusnahkan walaupun terdapat jaminan daripada kerajaan negeri kepada pemilik kuil, Hindu Sanggam Malaysia dan MIC ianya tidak akan dirobohkan.

Beliau mendakwa satu laporan polis telah dibuat oleh individu berkaitan kuit tersebut pada 1 Jun lalu berhubung kejadian itu.

Menurutnya, beliau akan turun ke tapak tersebut dengan segera untuk memastikan siapa yang bertanggungjawab terhadap perobohan kuil tersebut.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button