Hiburan

Kuasa bukan tunjuk kekuatan, kemusnahan – Salammusik

AGAK lama tidak dengar khabar berita kumpulan yang mula terkenal di Malaysia menerusi lagu Cerita Kedai Kopi. Populariti mereka terus bangkit dengan lagu berjudul Bangkit, Salammusik mengumpul peminat yang gemarkan lagu-lagu berentak hip-hop selain daripada mendapat anugerah sebagai tanda pengikhtirafan karya mereka dalam bidang muzik tanah air.

Setelah agak lama tidak bersua muka dengan geng dalam Salammusik, hari ini, mereka tampil dengan lagu berjudul Kuasa walaupun lagu itu adalah rilis kedua mereka dalam tempoh sebulan.

Menurut satu kenyataan Salammusik, pada akhir bulan April lalu, mereka telah mengeluarkan sebuah lagu berjudul Galaksi Rindu.

Kata mereka, lagu itu berkisar tentang kerinduan selain daripada menyatakan hasrat dan matlamat mereka, menulis muzik yang memberi kesedaran dari segi sosial dan senang didengar.

“Para peminat boleh tonton video muzik baru di saluran Youtube Salammusik,” katanya.

Bercakap tentang lagu Kuasa, kata Salammusik dalam kenyataan yang sama, meeka menggunakan kreativiti untuk memberi kesan positif berkaitan dengan keadaan yang berlaku hari ini.

“Cuba kita perhatikan, punca keganasan yang sama berlaku di bumi Palestin sejak beberapa dekad lalu. Kesan dari konflik yang antara Palestin dan Israel, tidak dapat diselesaikan dan lebih satu abad penduduk Palestin berjuang untuk mendapatkan hak ke atas tanah antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan.

“Selagi konflik ini tidak dapat diselesaikan, ia akan berlaku berulang-ulang kali dan kita harus menyatukan para pemimpin dan mengembalikan pihak-pihak berkenaan ke meja rundingan.

“Menggunakan kuasa dan menunjukkan kekuatan hanya akan menimbulkan lebih banyak kebencian ”, tegas Salammusik.

Sama seperti masyarakat dunia yang cintakan keamanan, Salammusik percaya bahawa para pemimpin perlu berbincang dan berhenti menghabiskan lebih banyak wang yang boleh menjurus kearah peperangan yang meragut banyak nyawa dan melakukan memusnahkan.

Begitu banyak kematian, penderitaan dan kerosakan infrastruktur, kata Salammusik.

“Kita tidak boleh membiarkan sahaja perkara ini dan harus fikir nasib mereka yang tidak bersalah terutama kanak-kanak,” kata Salammusik. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button